Sunday 12 October 2014

Moody

Asalamualaikum.
Hello there evryone :)
 pd yg busy koje tu..hihi

Pagi ni kelihatan serabut je semua tempat hadap jem yg teramat la jem..
lagi2 jalan tun razak. Penat rasa office area sini..pening nya rasa mcm dah tua je sbb muda2 lagi da pening..kikiki

btw just wanna share something i've learnt last night from someone..hihi

Sejak dua menjak ni manjang takda mood dan rasa perasaan yg lain dtg menggangu.
Salah satu nya mood MALAS !
 Tak taw la why mood MALAS dtg..nak makan malas, nk mandi malas, nak buat keje malas..semua malas la cite nya.

Ditambah pulak dgn mimpi ngeri yg dtg..skrg nk cite psl mimpi dulu hahahaha
Lari dari topik jap..hihi
Mimpi ni datang da beberapa hari yg lepas..mula2 mimpi baby
comel sgt baby tu ..nak kata nak dpt baby, kahwin pun blm..hahahhaha
Yg pelik baby tu comel sgt, mcm aku la jugak comel nya.. ( perasan jap )
Cite nya aku jumpa baby tu dalam bakul..pelik nya aku bawak baby tu pergi mall..
Nak shopping la kunun nak beli utk baju baby tu..Aku tak taw why aku baik sgt nak tlg dan jaga baby tu..Dalam waktu aku memilih baju tu tiba2 baby tu hilang..then aku punya nangis mcm anak aku plak hilang..betul2 aku nangis.itu kisah psl baby ..

Dan utk malam esok nya aku mimpi aku kene culik dgn beberapa org yg jahat, yg pelik bukan aku sorg je ada ttpi org yg aku sayang ..beberapa org la..yg pelik aku sorg je lepas sbb aku tekad nak lari.
Sebabnya penculik tu sgt kejam da mcm cite " saw " bak kata my uncle a.k.a my bestie hahaha
dorg koyakkkan slh sorg mangsa tu dgn pelbagai cara..semua mangsa culik org yg aku syg sgt2..
ada yg kene koyakkan kulit pakai playar ,gigi kene ketuk pakai tukul besi smp hancur gigi, yg kene gergaji lengan dan kakinya da mcm hot dog aku tgk da. Ada yg kene hiris daging dlm keadaan sedar, di cucuk paku dkt jantung ..ALLAHUAKBAR! swear mmg tak kejam mimpi aku..
Sbb tu aku dgnberani lari sekuat kuat nya mcm lari marathon hahahha
Smpi la sebuah rumah ni , aku pn tak taw rmh sape sbnrnya ..aku story2 dorg pn tolong aku..mcm tmpt org asli gitu..

Lps aku tumpang rmh org asli tu ,aku tekad nk cr polis,,so aku cbe cari jalan nak kuar dari tempat pelik tu..tmpt tu mcm tmpt hutan zaman dinasour ja ( Nonsense kan ) tp itu la mimpi fantasi aku.
Mcm mana entah aku jmp balai polis tp balai polis tu dah usang..takda org ,,nampak sgt rmi org da pergi tinggalkan tmpt tu kot tak pun mati. Aku pn terus kn perjalanan aku smp la satu tmpt ni..ada bunga2 la bagai besar sgt rmh..aku pn masuk bila aku masuk aku terpijak tali ape entah terus aku tergantung. Tinggi nya mcm rmh 5 tingkat .aku nya takut aku tak fikir panjang aku terus potong tali dan aku jatuh kat satu tali buaian mana entah tibe2 muncul.

Bila aku jatuh aku nampak makhluk2 jahat tu punya tempat tinggal..skli lagi aku lari sekuat hati aku..dlm realiti pn aku tak lari selaju tu..Sbb punya takut nya..aku lari lari lari lari then aku terus terjaga..wktu pertama aku terjaga dalam kol 3:24 pagi dan waktu kedua aku terjaga kol 5.07 pagi.
Smp isatighfar aku..Rasa mcm dlm kehidupan realiti gitu. Start mimpi pelik2 ni aku jadi malas..semua benda kau buat malas.
Tp dgn pesanan yg parent aku pesan aku jadi kuat, aku lawan sikap dan perasaan negatif yg dtg..
Bila fikir btl2 rasa mcm nyawa nk hilang..Mcm roh ni da pergi tgl kn jasad ni..

Tak taw la mimpi ini petanda baik?buruk? atau sekadar mainan tidur..aku cme rasa mood aku ni dipengaruhi dgn mimpi2 pelik dan buruk tu yg buat aku jd moody..tula nak kata sebab jadi moody..Harap malam ni tak la mimpi buruk lagi..



Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday 29 September 2014

Missed


  I really miss u...
 Thank u for all the memories we crafted together..
 Thank u for being a part of my life..
 Gonna miss u...

Lagu remix yang ni mesti ingat waktu together...

I missed u...







Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Tuesday 10 June 2014

Petanda " BELIAU " jodoh kita

                                          
   Assalamualaikum.

Aku  tertarik dengan satu artikel di iluvislam.com
Mungkin ianya ada berkenaan dengan kita semua. Terutamanya dalam mencari jodoh. Jadi, aku rasa tak salah kalau aku sharekan artikel ni pada anda semua terutamanya pembaca blog aku ni.
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :


1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

(Artikel iluvislam.com)

So, antara sepuluh-sepuluh petanda ni, adakah semuanya ada kena mengena dengan anda? Katakan YA atau TIDAK. HuHu
Wasalam.

Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Beautiful?







Really?? 





Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Saturday 26 April 2014

Solat :')




                                          Asalamualaikum.
                                 Salam ukhwwah islamiyyah :)
                                     Hello there everyone :)

Petang ni kelihatan tenang je ..cuaca cantik plak tu sesuai la sgt sape nk pergi beriadah kt taman layang-layang ke tasik titwangsa ke..haha (Dah tu je yg taw).. kan best kalau dpt pergi beriadah..kan ? malangnya ptg mcm ni iolx di rumah sajoooo :')

Btw just wanna share something i've learnt last night from someone i respect bcoz he always know about everythings..hehee .

Al kisah nya tentang SOLAT..Tahukah uolx ape tu solat?? aishh..sure la uolx taw kan..bagi umat islam mmg di WAJIBkan utk menunaikan solat..so wajib  la tahu..ngee~

Mukadimahnya...

 SOLAT  adalah salah satu bentuk ibadah y paling utama di sisi ALLAH S.W.T  kerna ia merupakan  rukun Islam yang kedua setelah mengucap dua kalimah syahadah..

Ibadah solat juga merupakan tiang  agama Islam dan sekiranya tiang ini runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan dengan agama..

Ibadah solat juga merupakan tiang  agama Islam dan sekiranya tiang ini runtuh maka runtuhlah segala-galanya berkaitan dengan agama..dasyat kan? takut sgtttt..Sebab ada di antara kawan suka persoal kan , antara dialog dorg.

                                    " Knp ek org tu solat laju sgt"                                      "Cepat nya solat...dy baca surah ape ek?.sah ke tak solat nya?"                                        "Surah pendek  ke dy baca? "                                  


Act kan when uolx performing ur SOLAT ..Mohon sgt2 uolx try to slow down and recite the surahs properly ..one by one sbb nya klu blh ingat maksud nya pn lg bagus, right? :') Dlm pembacaaan kita juga ada something y disebutkan sbg MAKHRAJ..

Pembacaan nya juga tak blh slh sebut atau di tinggalkan huruf atau salah tajwid nya..kerna maksudnya berbeza..maka tak btl la bacaan surah kita semua..Dan tersgt la rugi bagi sape-sape yg bacaanya di baca begitu..Tak kisah la surah y kita baca panjang atau pendek tapi tak salah kalau surah y pendek itu lbh baik bacaan nya drpd uolx baca surah y panjang tp lagi teruk  bacaannya..:')

Dan elakkan jgk membaca 5 ayat jadi satu..maksud jadi satu tu uolx sambungkan tanpa berhenti ayat y di baca :')

Y paling penting NIAT kena betul, fundamental ni...
 sbb  kalau salah sebut lagi dan salah makhraj, salah tajwid, mungkin maksud jadi lain..kan lagi bertambah kesalahan kita dlm menunaikan SOLAT :') 

Please baca la  Rukun Solat if u want to know more on do's and don'ts' when performing prayers kan kan kan act semua org taw cuma nak atau tak je taw..ini sajoo  y blh dikongsi kan utk uolx dan utk diri sendri ngeeee~



Ada pula y menguatkan kenyaataan ini iaitu  solat adalah penentu keimanan seseorang..Sekiranya kita  meninggalkan solat dengan sengaja ia boleh menyebabkan pelakunya gugur IMAN nya...Nauzubillah ..nampak tak penting nya SOLAT?? :')

Begitu  tingginya martabat ibadah SOLAT di sisi Islam..So tak hairan la sekiranya perkara y mula-mula dihisab ketika di akhirat nanti adalah amalan ibadah  SOLAT kita semua.

Dengan itu, seluruh umat Islam haruslah  memberi perhatian  y  tinggi terhadap KESEMPURNAAN ibadah solat kita semua seperti mana y iolx da bg taw tadi adalah sgt besar..Fhm tak? Ke tak fhm ? heee...


Then TAKBIRATUL IHRAM jgn  tinggal..sebutlah "ALLAHUAKBAR " and remember it's meaning klu boleh okeh?? wajib!! (bagi iolx la) heee.. bagi kaum perempuan sebut la tp jgn terlalu kuat okeh....asal diri sendiri boleh dengar pun cukup okeh?? haaa byk sgt okeh nya dr tadi heeeee

 (.... Allah is Might...) we shouldnt be scared to admit that...remember that!! 


Dan akhir skali  bila tahiyat awal and akhir baca la dlm keadaan sederhana juga..nak cepat cepat nk ke mana? dalam solat kita tak blh nk buat mcm kita bawak kete..bawak kete pn da jugk time slow nya jgk kan kan! 

So sabarrrrrrrrr~


 Ini sebagaimana sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam y diperjelaskan oleh Abu Hurairah radhiallahu’anh :-


إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ الْعَبْدُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ وَإِنْ

فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ...

Sesungguhnya perkara pertama yang akan di hisab
bagi seseorang hamba di hari kiamat dari amal-amalnya ialah SOLATnya,
jika solatnya baik maka dia termasuk dalam orang yang bahagia lagi beruntung
dan jika solatnya rosak maka dia termasuk orang yang rugi dan tidak beruntung.


Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Thursday 24 April 2014

Hati InI





Perasaan  :')



ALLAHU




Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi

Monday 21 October 2013

Mood Kacau Bilau




Asalamualaikum,salamukhwwah islamiyyah :)
hello beautiful and handsome people! whatssup? hope all of u are doing fine :')

i was so boring.. macam-macam fikir today dorg g outstation so lagi la boring dan keje banyak.. So my friend calls me this evening,right at that moment that i am crying because i have just opened an anniversary card from ?? rahsiaaa haha..*agak poyo kan anniversary card kunun,macam org ngah angau bercinta cintun plak opss kehkeh btw
it was so so so beautiful and she lives so far away. Sampai kat ofis taw..nampak tak persahabatan even bertahun tak meet,even jauh tapi masih dekat di hati kecil molek kami ni heheehe

we have this conservatiom , my friend and me. I tell her that i am having great difficulty handling
the emotions associated with letting go of my (SECRET) -.-'

i tell her and she agrees that its really ironic that i am having this problem ..considering the fact that i was so intent on getting away from my own (secret) as a young woman hahahah ( i am right? ) *xmaw ketawa eh, sekali sekala nak terasa macam tu..whoaaaaaaa *.


And without missing a beat, she says she thinks that there is a ying and yang here.. that is, the emotions that drove me to leave my past behind.. are related to the emotions that I am experiencing now..

she has known me all my life of course. She reminds me that as a child I had what we call the “comellll,dia datang?” (memang keluarga atau kawan dekat semua panggil iolx comel so no wonder la da besar lg comel kan kan ? *perasan   

dia tu  dorg la i mean..faham ke tak? mesti uolx tak faham. (LOL haha) 
Tapi jauh di sudut hati i miss her so much much more..ramai sgt 'her' nya hehehe..
iolx pun tak faham apa fefeling yang iolx rasa,macam jauh ada macam dekat dunia dan akhirat.
Taip pun tunggang langgang sorry la ya mood kacau ok! 

thats all i guess from me, have a  nice day and happy monday ya readers :) 










Terima kasih kerana baca entry ini, jangan lupa datang lagi